Kejadian sebatang pokok kelapa mengeluarkan air tidak henti-henti sejak Khamis lalu menarik perhatian penduduk di Felda Gugusan Sungai Koyan di sini. Mereka menyifatkan kejadian itu agak luar biasa terutama pada Ramadan sekarang dan ramai penduduk menadah serta membawa pulang air itu untuk disimpan.
Seorang penduduk, Pakruzzman Ismail, 43, berkata sehingga ini pokok kelapa itu dipercayai mengeluarkan lebih 1,000 liter air. Lebih 300 penduduk sudah menadah dan membawa pulang sekurang-kurangnya tiga liter air setiap seorang. Kejadian itu disedari oleh seorang peneroka yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada penduduk lain. Berikutan itu, beberapa peneroka, termasuk Pakruzzman pergi ke tempat itu dan melihat ada lelehan air pada batang pokok berkenaan.
“Sebaik kulit itu ditarah, air dari batang pokok berkenaan memancut laju. Kami menebuk bahagian itu dan menyumbatnya dengan paip kecil sebagai saluran untuk memudahkan air ditadah. “Rasa airnya agak payau tetapi lebih hampir dengan rasa air kelapa muda. Pancutan air itu keluar 24 jam dan masih keluar sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar